RSS
email
2

Pintaku

Bismillahirrahmanirrahim..
Ku mohon moga diri dijauhkan daripada sifat munafik lagi fasik.
Moga ku tahu apa yang perlu dipentingkan dulu berbanding perkara-perkara yang lain.
Apa yang hak untukku tunaikan.
Bijak membahagi waktu dan melaksanakan urusan dalam hidupku.
ya ALLAH... ampunkan daku.
Read more
0

Alhamdulillah..kini boleh Broom2x..

Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah lama juga saya tidak mengarang di sini. Mungkin juga antara sebabnya Laduni Asrar tidak bersama saya dalam 3 tiga hari ini dan juga kerana saya telah kembali menumpukan perhatian kepada blog pertama. keHIDUPan.
Sebenarnya 3 hari saya meninggalkan L.A. sebab pulang ke Seremban untuk mengambil ujian motorsikal. Sudah berlatih lama dah. Cuma perlu mengorbankan 3 hari cuti sekolah untuk berlatih 'segigihnya' bagi menghadapi ujian JPJ pada hari ini. Nak tahu keputusannya?
ALHAMDULILLAH.. saya lulus. (ada sesiapa nak bagi hadiah???? ^_^)
Tiba-tiba nak tulis.." Kadang-kadang sesuatu rahsia itu biarlah ianya kekal menjadi rahsia "
Tu saja buat ketika ini. Silalah melawat keHIDUPan ye..
W'salam..
Read more
0

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Read more
0

Lelaki Oh Lelaki

Lelaki..Oh Lelaki,.... tak perlulah kau memperbesarkan ego mu! Ego yg terkadang tu entah apa-apa. Kadang-kadang aku lihat kau ni sperti bdoh sombong pun ada. Belagak tak tentu pasal. Tak boleh tersalah cakap sikit (walhal tak benda apa pun yang dikatakan 'salah'), kau dah melenting. Sepertinya kau ini dikuasai EMOSI melebihi kami, kaum Hawa!
Astaghfirullahhal'azim....
Tolonglah sedar! Aku kadang-kadang sedih melihat kalian! Kalian ini sebenarnya seperti takut akan sesuatu. Entah apa.. aku tak dapat nak katakan dengan jelas. Sepertinya kalian sebenarnya takut kami mengatasi kalian. Sebab itu, seandainya kami berkata sesuatu yang benar pun..kalian dah EMO TAK TENTU PASAL.
Dah pula tu, menggunkan kelebihan yang ada..mengherdik kami! Memanjang lebarkan isu kecil! Sampai entah ke mana melalutnya!
Astaghfirullah.....
Macam ni ke pemimpin kami?
Maaflah. Aku ni hanya meluahkan isi hatiku yang PARAH melihat tingkahlaku kaum ADAM yang memluat! (bukan sahaja aku malah kaum perempuan yg lain turut merasa)
Yang amat aku terkilan, kalian yang tidak menggunakan akal sebaiknya..mengherdik kami sehingga mengeluarkan kata-kata yang amat pedih. Kalian dengan bangganya membesar2kan kelebihan akal yang ALLAH kurniakan pada kalian berbanding kami. Kalian kata kami pendek akal. Ya, aku akui. Kalian Tuhan kurniakan lebih akal berbanding kami. Tapi untuk apa? Semestinya untuk memimpin kam. Dan kami dipenuh dengan emosi, semestinya ada kelebihan juga. Dengan kekuatan emosi ini jugalah, seorang ibu dapat bertahan, 'membawa' ke hulu ke hilir bayi dalam kandungannya. Emosinya yang begitu kuat, lebih-lebih lagi dalam menyayangi anak dalam kandungannya; menyebabkan dia boleh bertahan dalam tempoh 9 BULAN 10 HARI membawa bebanan kesayangannya kemana sahaja dia pergi. Pernahkah kau terfikir, wahai ADAM!
Aku juga benar-benar terkilan. Apabila kalian tidak turut berada dalam barisan dalam memperjuangkan agama kita. Engkau lebih suka buat endah terhadapnya. Membiarkan kami (kaum wanita) terkontang kanting dalam menegakkan saf kepimpinan barisan muslim di tempat kita belajar. Yang kelakarnya, ada antara kalian beranggapan, adalah tidak baik untuk kita berhadapan dalam berbincang soal ini. Huh.. dalam surau saja takut nak pandang kami. Di luar...
astaghfirullah.... ampunkan aku ya ALLAH...
Walau apa pun, aku tahu. Tak semua ADAM di luar sana seperti itu. Kerana aku pernah juga menemui ADAM yang benar-benar menggunakan akal sebaiknya dalam memimpin kami..dalam menunjukkan jalan yang lurus kepada kami.
Wahai ADAM..
Janganlah kalian menggunakan kekerasan yang tegar terhadap kami.
Ya ALLAH...
aku rayu..
krniakanlah aku seorang teman hidup
yang dapat melengkapi aku sebaiknya
yang dapat meminpinku sebaknya
menuju redhaMu
aku mohon dia
yang penuh kasih dan sayang
namun punya hemah
dalam mendidikku
aku tidak larat lagi
untuk mendengar
herdikan
yang menusuk jiwa
meruntun hati
menghancur semangatku
mendekatiMu
aku rayu..
makbulkanlah permintaanku
Read more
0

Bukanlah Yg Sempurna

Bismilahirrahmanirrahim..~
mencari bukanlah yg sempurna
kerana ku tahu
tiada siapa yang sempurna
dan diriku juga
jauh dari kesempurnaan
pada mata-mata manusia
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
kuharap dia
mampu membimbingku
dalam mencari redha Ilahi
dia yg mampu mendidik
jiwaku menjadi lunak
seiring memperoleh
kasih Rabbnya
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
ku harap dia
bijak dalam membuat keputusan
dalam memimpinku
memacu bahtera kehidupan
bersama..
ku damba
bukannya yg penuh ego
yang merosak bahgia
namun penuh kasih dan sayang
punya hemah
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
moga dia adalah
yg terbaik dalam melengkapi
diriku yang serba kekurangan
amiin ya Rabb
Read more
0

Nenek Tua

Nenek tua semakin lupa. Hari ke hari. Termangu melihat kehidupan yang berlalu saat demi saat.
Terkadang mengomel mengenang diri yang kian dilupakan orang. Sayu hatiku. Geram juga bertakhta dalam hati. Mengingat orang yang mengambil kesempatan atas kerendahan hatinya jua kesusahan yang dialaminya.
Ku melihat dia acap kali gusar hati. Ku teliti. Ku amati. Gusar hatinya kerana khuatir akan kehilangan orang lain. Orang lain yang tidak patut diingati.
ya ALLAH.. Kau tempatkanlah nenek tua ini kelak dalam golongan hambaMu yang Kau kasihi. Kasihanilah dia ya ALLAH.. Sayangilah dirinya ya ALLAH.. Begitu banyak dugaan yang dia hadapi sehingga kehidupan dahulu itu menjadikannya seperti tu.
Read more
0

Setelah Aku Dipaling

Hampir aku hanyut kerana rindu Pada harta yang pasti reput Dan lenyap di sini Hampir aku lupa pada yang Kekal Kejahilan menyelubungi jiwaku Sekelipnya mata hilang semua Yang hanya ku pandang Yang hanya milikmu Yang hanya ku idam Di dalam pandanganMu Bersama mereka terdahulu Sungguh aku cari cahaya itu Untuk menyuluh kelam ini Setelah ku dipaling Sungguh aku hina menagih secebis KeampunanMu setelah aku malu Sekelipnya mata hilang semua Yang hanya ku pandang Yang hanya milikmu Yang hanya ku pinta Harapan keampunan Hati ini telah ku lukai Sebaiknya manusia Kau ciptakan Hinanya angkara diri sendiri Sedegup jantung terleka Dibuai arus dunia Selangkah kau menghampiri kehancuran Sungguh aku cari Cahaya itu Untuk menyuluh Setelah ku dipalin
Read more
0

ya ALLAH........Bimbinglah daku.

Bismillahirahmanirahim
Aku baru tersedar dengan begitu sedarnya. (Harap-harapnya). Aku semakin lama semakin menjauhi daripada kasih yang inginku. Kasih indah, hakiki lagi kekal abadi. Ya ALLAH... Ampunkan dosa-dosaku. amupunkan aku. ya ALLAH.
Aku begitu buntu. ya ALLAH...Terima kasih atas kesedaran ini. ALLAH. Ampunkan aku.ya ALLAH... Bantulah aku menjalankan amanah yang ada padaku sebaiknya. ya ALLAH. Janganlah Kau berpaling dari melihat wajah hambaMu yang hina dina ini.
ya ALLAH..jgn biarkan aku berasa iri hati yang tak tentu pasal atas saudara-saudara seimanku yang begitu utuh dalam jalanMu. Bimbinglah daku. Allah..Kenapa aku telah lupa terhadap perjuangan ini. Aku begitu jauh dari jalanMu. ALLAH..Janganlah Kau biarkan hatiku terus menerus keras dari hari ke hari.ALLAH.....Kau cinta yang inginku tuju.
ALLAH..ikhlaskan hatiku dalam setiap amalku.
Read more
0

Perlukah aku?

Perlukah aku mengambil isu ini serius? Perlukah aku memberi peluang kepada diri untuk mengenali insan yang aku tak kenali? Kenapa mak cik tu begitu sekali ingin mengenalkan aku? Apa-apa pun aku masih akan membiarkan perkara ini berlalu mengikut masa. Seandainya makcik itu masih mencariku, mungkin juga aku akan memberi kata jawapan yang positif. Wallahu'alam.
ya ALLAH..peliharalah hatiku yang makin menjauh.
Kadang-kadang kesian juga aku dengan seorang manusia dalam kelas aku. Dia ingin aku melayannya seperti kawan-kawan lain. Entahlah. Mungkin juga aku bukan sengaja nak membezakan cara pergaulan aku dengan seseorang dengan seseorang yang lain. Namun, aku terasa seakan ada halangan dalam aku membaiki pergaulanku dengan dia. Bagi aku mungkin jua kerana dia ini seumpama satu gelombang perubahan yang terkadang menakutkan. Entahlah. Aku sekali lagi ingin membiarkan masa menjadi penentunya. Aku pasti. InsyaALLAH. Perkara positif yang akan berlaku. Namun, perlu aku ingat. Dia adalah adam. Aku semestinya perlu meletakkan satu batasan yang jelas. Ingat tu!
Aku takut untuk menjadi manusia yang tahu bercakap je tapi 'habuk' pun tak ada. Orang pernah bertanya," kenapa tak masuk jadi calon?"
Aku kadang-kadang nak ketawa besar pun ada. Siapalah aku ni? Manusia biasa. Hina dina. Terasa tiada kelebihan. Semestinya aku tidak akan masuk selagi amanah yang sedangku genggam sekarang tidakku jalankan sehabis baik. Hal ini pun sudah menjadi satu kerungsingan dalam fikiran. Bagaimana pula nak buat sehabis baik? Buntu. m..
Tu saja yang ingin aku luahkan. daa..w'salam
Read more
0
Apa yang aku lihat tadi, telah menambahkan kekukuhan pandanganku bahawa tak semua yang kita lihat baik memang baik. Yelah, macam aku juga. Aduhai, bila nak cakap pasal ni, aku sendiri tak dapat nak meneruskan dengan lebih rancak tatkala diri juga menjadi sebahagian daripadanya. Namun sekadar muhasabah diri. Iman dan taqwa tiada siapa yang dapa lihat. (ah, tiba2 pelbagai fikiran menerjah masuk) Aku tak boleh berfikiran terlalu objektif. Banyak kemungkinan yang sedang berlaku sebenarnya yang kemungkinan juga bukan seperti yang ku jangkakan. Ingin husnu dzhan, tapi.. Astaghfirullah..
Maaflah aku tak dapat teruskan entri kali ini. Terasa berserabut akal fikirku. Ya Rabb.. pimpinlah daku kejalan-Mu.
Read more
0

Cerita Hati...ku ^_^

~CERITA HATI~
Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
Album : Hafiz Hamidun Munsyid : Hafiz Hamidun
Read more
0

ALLAHU ALLAH...

m.. aku rasa tidak perlu lagi hati ini merintih habis dalam blog ni. Sebabnya.. telah pun habis dikeluarkan tadi. Perkara yang acap kali berlaku pada diri yang serba kekurangan ini. Berkisar perihal persahabatan. Telah ku cuba jadi kawan yang terbaik dan seikhlas mungkin bersahabat dengan manusia di sekelilingku. Namun, seringkali itu juga, aku ditinggalkan. Tatkala tiada kepentingan yang dapat diperoleh dariku.
Sedih? Kecewa? Hampa?
Lebih dari itu aku rasa. Sampaikan aku tak tahu nak menggunakan perkataan apa untuk menggambarkan apa yang aku rasa. Itulah sebab aku amat menghargai masa-masa indah bersama teman-teman apabila ianya wujud mekar dalam hidupku walaupun sementara. Itu sebablah aku terasa begitu banyak benda-benda yang aku simpan dalam otak aku. Dari sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besarnya. Tapi taklah semua. Segalanya dengan izinNya jua.
Ya. Aku suka tersenyum. Aku suka tersenyum sebagai pengubat hatiku yang selalu dicalari dan dilukai. Seandainya, aku turuti segala emosi dalam diri maka aku akan jadi diriku yang berada di dalam tingkatan empat dahulu. Ya ALLAH... Lemahnya diriku ketika itu. Sehingga lutut ini hampir sahaja menyembah bumi.
Akulah teman yang memahami diriku sendiri. Tapi tak juga sebab aku juga terkadang tidak memahami diriku sendiri. Hanyalah Kau ..Ya Rabb.. Yang AMAT MEMAHAMIku..
Bimbinglah daku ya ALLAH...Janganlah Kau berpaling daripada melihat, menjagai dan sebagainya akan hambaMu yang hina dina ini. ya ALLAH..
YA ALLAH..tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untukku lalui. Tunjukkanlah padaku ya ALLAH.. Amiin ya Rabb~
Read more
0

Aku BENCI kau!

Astaghfirullah. Aku memang amat tidak menyukai emosiku tatkala ini. Emosi yang tidak keruan tanpa mengetahui apa sebab yang jelas. Titisan air mata seperti mahu mengalir sahaja tanpa henti. Aku tiba-tiba diterjah dengan persoalan.."apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ini?"
"Apa?"
Pernah terdetik dalam hatiku untuk memilki cintaNya semampu yang ku dapat. Namun, benar-benar ikhlaskah aku terhadap penyataan itu? Adakah lahir dari hati yang benar-benar rindu padaNya? Pernahku tinggalkan sesuatu yang mula menumbuh menjadi begitu bermakna dalam hidupku tatkala ianya adalah pertama dan begitu menyenangkan. Penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Seperti yang ku idamkan selama ini. Namun, ku tinggalkan jua tatkala hati tiba-tiba pada suatu ketika merasa begitu resah. Perbedaan jiwa yang ada merungsingkan daku.
Ya ALLAH... Janganlah biarkan aku terus menerus tersasar dari jalanMu. Aku tahu, bukan hebat mana pun jalan yg ku lalui andai dibandingkan dengan manusia lain yang benar-benar menyintaiMu seiklasnya. Aku hanya hamba yang biasa. Amat tidakku tahu di mana posisiku.
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemahnya diriku ini
Ku serahkan segala padaMu
Ah...aku benci nafsu yang berada dalam diriku! AKU BENCI KAU!!! Apa yang 'kau' nak pada kasih sayang manusia? Pada pangkat serta pujian manusia? Semua tiada kekal!
ya ALLAH..bimbinglah daku. Aku terasa semakin hari, aku semakin lemah. Tatkala hati semakin dikotori oleh dosa-dosa yang terkadang aku terpaksa aku biarkan ia berlegar. Astaghfirullah.. Ya Rabb..bantulah daku.
Read more
0

Pemergianmu..Ya Rasullullah~

Pemergianmu

(Ya Rasullullah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya,
tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan juaBahawa manusia ?
kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Senilagu : Frizdan

Senikata : Frizdan

Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Fizarahman Zainal

Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Read more
0

Perjalanan Pulang 15 Januari II

(sambungan..)
Aku nak sambung ceritaku dalam komuter tempohari.
Jadi, akhirnya aku dapat juga duduk dan kebetulan di sebelah nenek tu. Dia mengucapkan terima kasih atas perbuatan yang sebenarnya kuharapkan akan berlaku pada diriku seandainya usia tua sampai menjengahku kelak.
Rupa-rupanya nenek itu dalam perjalanan menuju ke rumah anaknya. Terkejut juga aku mendengarnya kerana nenek itu pergi bersendirian. Tapi katanya, dia sudah biasa. Sebenarnya dia tidak ke sana kerana cucunya amat ingin berjumpa dengannya selain berhajat turut serta dalam sambutan hari lahir cucunya itu. Ku kira cucu kesayangan walaupun lelaki. Nenek itu memberitahu bahawa, cucunya itu baru sahaja pulang daripada asrama. Hanya 2 kali sebulan balik kerumah.
Tiba-tiba aku teringat atok ku yang berada di kampung sekarang. Agaknya apalah yang sedang dia lakukan?
Di akhir perbualan kami sebelum nenek itu turun di Batu Tiga, dia sempat memberiku kata-kata nasihat yang bagiku cukup bernilai.
" Dik..belajar sungguh-sungguh. Itu masa depan kita. Jangan derhaka dengan ibu bapa. Ingat, mereka hanya nak yang baik untuk anak-anak. Jangan sesekali derhaka dengan mereka. Belajar betul-betul."
Aku hanya mengiyakan dan mengangguk setiap kata-kata yang diberi. Terima kasih nek... Aku termenung dan menjenguk keluar tingkap melihat pemandangan di luar. Alangkah indahnya hidup apabila kita saling mengingat dan menasihati. Moga aku dapat menerima setiap nasihat yang baik untukku.Ya Rabb..lembutkanlah hatiku jua yang lain..
haha...tiba-tiba mahu saja aku tergelak apatah lagi tersenyum tatkala ku lihat dan ku baca semakin ramai rakanku ingin menginjak ke alam perkahwinan. Tahniah kuucapkan. Moga kalian berbahagia hendaknya.
Read more
0

Menanti Cinta

Tiba-tiba aku terdengar sepotong baris lagu yang menarik perhatianku tatkala sedang menonton KCB tadi.. (walaupun hanya sedikit cuma). Lalu aku mencari liriknya di internet berbekalkan deria pendengaranku yang menyatakan bahawa itu suara Kris Dayanti.
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Repeat *

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu
Menanti Cinta -KCB

Read more
0

Perjalanan Pulang 15 Januari

Minggu ini sekali lagi aku pulang ke rumah. Entah sebab apa. Pada mula tiada niat pun nak balik. Melihat ramai rakan-rakan balik, aku terdorong untuk turut serta. Rindu dengan famili pun antara sebabnya. Yelah, sementara kerja ku belum menimbun. Baikku pulang.
Maha suci ALLAH. Semalam angin bertiup kencang. Awan membiru. Tenang juga ku kira.
Seperti biasa aku pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan komuter. Sengaja keluar awal daripada institut untuk mengelakkan kesesakkan di KL Sentral nanti. Sayang juga sebab tak dapat turut serta dalam solat sunat gerhana semalam di surau IPG ku.
Kerapkan fenomena gerhana ini berlaku. Baru sudah gerhana bulan berlalu beberapa hari sebelum aku pulang ke IPG. Semalam pula berlakunya gerhana matahari. MasyaALLAH... Segalanya atas kekuasaan ALLAH.
(Tiba-tiba teringat pula perihal penggunaan nama ALLAH dalam agama lain. Aku harap ia tidak akan berterusan. Hati aku amat membara mengenangkan semua itu! ALLAH itu Maha Esa!)
Dalam perjalananku ke KL Sentral aku secara kebetulan ditemani seorang rakan aku di IPG yang juga mahu pulang. Aku ingatkan dia pulang dengan keretanya. Sedikit kekok pula bila berada sebelah dia tapi kami masih boleh lagi berbual. Ya, berbual seperti aku berbual dengan kawanku yang lain. Rupa-rupanya dia merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Aku sengaja mengusik dia, "Hahhh...ni mesti anak manja ni....".
haha.. dia bangkang sehabisnya. "Eh, tak lah! Saya bangkang 89% Yang Arif. Eh, tak 120% Yang Arif."
Haha..aku hanya mampu tersenyum dan tergelak. Dia pun menceritakan sedikit sebanyak tentang keluarga dia. Dia kata dalam keluarga dia memang susah dapat anak perempuan. Kalau kenduri tu, penuh dengan lelaki. Jadi, dia dan beberapa geng sepupu dia yang perempuan lah yang terpaksa bertungkus lumus menguruskan kenduri atau jamuan-jamuan tu. Jadi, aku boleh fahamlah kenapa perwatakan dia nampak begitu tegas dan sedikit keras. Tapi dia tetap cantik.
Kami berpisah di KL Sentral walaupun sepatutnya kami akan menaiki keretapi pertukaran yang sama. Aku perlu singgah sebentar di surau untuk menunaikan kewajipanku sementara dia perlu segera menaiki keretapi kerana ibunya sudah keluar daripada tempat kerja untuk mengambilnya di Subang Jaya.
Bercakap pasal KL Sentral ini, banyak kali juga aku berlegar-legar di sini. Terutama sejak aku pernah 'mengaji' di KMPk. Bas yang aku naiki (yang ditempah oleh JPP KMPk ketika itu) akan menurunkan kami di sana. Sekarang ni pun pastinya kelibatku akan sentiasa kelihatan dalam masa beberapa tahun lagi. Yelah, sebab selalunya aku akan menggunakan komuter untuk pulang ke rumah.
Eh, balik semula cerita tadi.
Setelah menyudahkan solatku, aku meneruskan perjalanan ke rumah dengan menaiki keretapi di stesen 5. Sebenarnya, aku nak highlightkan kisah aku berborak dengan seorang nenek dalam komuter yang menuju ke rumahku. Nampaknya, perlu berhenti setakat ni dulu sebab kena bersiap sedia nak ambil angah di stesen bas sebentar lagi. Maaflah, tulisanku kali ini sekadar untuk mengenang kembali kisah yang aku rasakan penting dalam diari hidupku.
W'salam.
Read more
0

Tatkala Terlintas

Akhirnya, dapat jua ku coretkan berpatah-patah kata di dalam langit hamba ini. Banyak kekangan yang dihadapi untuk aku menulis entah apa-apa di dalam ini. Kekangan yang paling MAJOR sudah pastinya line internet yang sangat perlahan dan selalunya memang susah nak dapat dalam dari bilik baruku ini.
Sudah lebih seminggu rasanya aku memulakan sesi pengajiaanku bagi semester ini. Hari pertama shaja sudah tesenarai kerja yang perlu dilaksanakan. Aku bukan mengeluh cuma saja mengingatkan diri yang masa itu amat berharga. Setelah satu saat sekarang ini berlalu, maka kita tak akan sesekali menemuinya lagi. Benarlah kata yang selalu ku dengar yang tak lain antaranya ialah:
Perkara yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu.
Aku dapat lihat perubahan seseorang yang selalu menggangguku pada semester lepas. Alhamdulillah. Ya, aku akui ada bahagian rasa yang seperti sedikit sedih. (entah sebab apa entah? Hah! Jangan layan kerana aku pasti itu datangnya dari sahabat musuh yang nyata bagiku.) PERHATIAN. Ya, aku sukakan ia (adakah 'kau' lagi yang bersuara? DIAM!!!)
Semester ini, batch ku pula yang menyertai unit beruniform bagi memenuhi kursus dalam semester 3 ini. Aku cuba bersikap lebih profesional bagi bahagian pakaiannya. ALLAH Maha Tahu apa yang terselit dalam hatiku.
Tiba-tiba aku ingin highlightkan kata-kata yang ku dengari daripada seorang kaunselor wanita di dalam radio semalam.
"Bangunlah dengan OPTIMIS! Selalu ingat bahwa hari esok adalah hari yang sangat BERTUAH untuk kamu!!!"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku hanya manusia biasa
Namun ingin miliki
cinta yang luar biasa
LAYAK kah aku?
ku pernah sakiti
cinta manusia
keranaku celaru
ku resah
ku keliru
ya..berat untukku lepaskan
kerana dia
amat baik dan penyayang
Namun ku tilik kembali
pada mata yang membaca
akal yang memikir
hati yang mentafsir
apakah aku berada pada
jalan yang benar?
lelahku mendengar hujah
dua bagian jiwa yang berbeda..
Akhirnya..alhamdulillah
Dia perihalkan aku dengan
hujah yang jujur
lagi benar
Moga hatiku ikhlas
melakukan semua itu
untuk Dia
ya Rabbi..teguhkanlah hatiku
dalam mencari cintaMu
janganlah Kau palingkan hatiku
setelah apa yang Kau kurniakan
wahai Tuhan yang membolak balikkan hatiku
Read more
0

Always Be There~ ALLAHUAKBAR!!

Alllahu Akbar…

If you ask me about love

And what i know about it

My answer would be

It’s everything about Allah

The pure love, to our souls

The creator of you and me,the heaven and whole universe

The one that made us whole and free

The guardian of HIS true believers

So when the time is hard

There’s no way to turn

As HE promise HE will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard

There’s no way to turn

As HE promise HE will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promises HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light

Subhanallah praise belongs to YOU for everything

Shouldn’t never feel afraid of anything

As long as we follow HIS guidance all the way

Through the short time we have in this life

Soon it all’ll be over

And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard

There’s no way to turn

As HE promise He will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promises HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard

There’s no way to turn

As HE promise He will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promises HE will always be there…

Allahu Akbar
Read more
 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca