RSS
email

Perjalanan Pulang 15 Januari

Minggu ini sekali lagi aku pulang ke rumah. Entah sebab apa. Pada mula tiada niat pun nak balik. Melihat ramai rakan-rakan balik, aku terdorong untuk turut serta. Rindu dengan famili pun antara sebabnya. Yelah, sementara kerja ku belum menimbun. Baikku pulang.
Maha suci ALLAH. Semalam angin bertiup kencang. Awan membiru. Tenang juga ku kira.
Seperti biasa aku pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan komuter. Sengaja keluar awal daripada institut untuk mengelakkan kesesakkan di KL Sentral nanti. Sayang juga sebab tak dapat turut serta dalam solat sunat gerhana semalam di surau IPG ku.
Kerapkan fenomena gerhana ini berlaku. Baru sudah gerhana bulan berlalu beberapa hari sebelum aku pulang ke IPG. Semalam pula berlakunya gerhana matahari. MasyaALLAH... Segalanya atas kekuasaan ALLAH.
(Tiba-tiba teringat pula perihal penggunaan nama ALLAH dalam agama lain. Aku harap ia tidak akan berterusan. Hati aku amat membara mengenangkan semua itu! ALLAH itu Maha Esa!)
Dalam perjalananku ke KL Sentral aku secara kebetulan ditemani seorang rakan aku di IPG yang juga mahu pulang. Aku ingatkan dia pulang dengan keretanya. Sedikit kekok pula bila berada sebelah dia tapi kami masih boleh lagi berbual. Ya, berbual seperti aku berbual dengan kawanku yang lain. Rupa-rupanya dia merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Aku sengaja mengusik dia, "Hahhh...ni mesti anak manja ni....".
haha.. dia bangkang sehabisnya. "Eh, tak lah! Saya bangkang 89% Yang Arif. Eh, tak 120% Yang Arif."
Haha..aku hanya mampu tersenyum dan tergelak. Dia pun menceritakan sedikit sebanyak tentang keluarga dia. Dia kata dalam keluarga dia memang susah dapat anak perempuan. Kalau kenduri tu, penuh dengan lelaki. Jadi, dia dan beberapa geng sepupu dia yang perempuan lah yang terpaksa bertungkus lumus menguruskan kenduri atau jamuan-jamuan tu. Jadi, aku boleh fahamlah kenapa perwatakan dia nampak begitu tegas dan sedikit keras. Tapi dia tetap cantik.
Kami berpisah di KL Sentral walaupun sepatutnya kami akan menaiki keretapi pertukaran yang sama. Aku perlu singgah sebentar di surau untuk menunaikan kewajipanku sementara dia perlu segera menaiki keretapi kerana ibunya sudah keluar daripada tempat kerja untuk mengambilnya di Subang Jaya.
Bercakap pasal KL Sentral ini, banyak kali juga aku berlegar-legar di sini. Terutama sejak aku pernah 'mengaji' di KMPk. Bas yang aku naiki (yang ditempah oleh JPP KMPk ketika itu) akan menurunkan kami di sana. Sekarang ni pun pastinya kelibatku akan sentiasa kelihatan dalam masa beberapa tahun lagi. Yelah, sebab selalunya aku akan menggunakan komuter untuk pulang ke rumah.
Eh, balik semula cerita tadi.
Setelah menyudahkan solatku, aku meneruskan perjalanan ke rumah dengan menaiki keretapi di stesen 5. Sebenarnya, aku nak highlightkan kisah aku berborak dengan seorang nenek dalam komuter yang menuju ke rumahku. Nampaknya, perlu berhenti setakat ni dulu sebab kena bersiap sedia nak ambil angah di stesen bas sebentar lagi. Maaflah, tulisanku kali ini sekadar untuk mengenang kembali kisah yang aku rasakan penting dalam diari hidupku.
W'salam.

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca