RSS
email
0

ALLAHU ALLAH...

m.. aku rasa tidak perlu lagi hati ini merintih habis dalam blog ni. Sebabnya.. telah pun habis dikeluarkan tadi. Perkara yang acap kali berlaku pada diri yang serba kekurangan ini. Berkisar perihal persahabatan. Telah ku cuba jadi kawan yang terbaik dan seikhlas mungkin bersahabat dengan manusia di sekelilingku. Namun, seringkali itu juga, aku ditinggalkan. Tatkala tiada kepentingan yang dapat diperoleh dariku.
Sedih? Kecewa? Hampa?
Lebih dari itu aku rasa. Sampaikan aku tak tahu nak menggunakan perkataan apa untuk menggambarkan apa yang aku rasa. Itulah sebab aku amat menghargai masa-masa indah bersama teman-teman apabila ianya wujud mekar dalam hidupku walaupun sementara. Itu sebablah aku terasa begitu banyak benda-benda yang aku simpan dalam otak aku. Dari sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besarnya. Tapi taklah semua. Segalanya dengan izinNya jua.
Ya. Aku suka tersenyum. Aku suka tersenyum sebagai pengubat hatiku yang selalu dicalari dan dilukai. Seandainya, aku turuti segala emosi dalam diri maka aku akan jadi diriku yang berada di dalam tingkatan empat dahulu. Ya ALLAH... Lemahnya diriku ketika itu. Sehingga lutut ini hampir sahaja menyembah bumi.
Akulah teman yang memahami diriku sendiri. Tapi tak juga sebab aku juga terkadang tidak memahami diriku sendiri. Hanyalah Kau ..Ya Rabb.. Yang AMAT MEMAHAMIku..
Bimbinglah daku ya ALLAH...Janganlah Kau berpaling daripada melihat, menjagai dan sebagainya akan hambaMu yang hina dina ini. ya ALLAH..
YA ALLAH..tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untukku lalui. Tunjukkanlah padaku ya ALLAH.. Amiin ya Rabb~
Read more
0

Aku BENCI kau!

Astaghfirullah. Aku memang amat tidak menyukai emosiku tatkala ini. Emosi yang tidak keruan tanpa mengetahui apa sebab yang jelas. Titisan air mata seperti mahu mengalir sahaja tanpa henti. Aku tiba-tiba diterjah dengan persoalan.."apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ini?"
"Apa?"
Pernah terdetik dalam hatiku untuk memilki cintaNya semampu yang ku dapat. Namun, benar-benar ikhlaskah aku terhadap penyataan itu? Adakah lahir dari hati yang benar-benar rindu padaNya? Pernahku tinggalkan sesuatu yang mula menumbuh menjadi begitu bermakna dalam hidupku tatkala ianya adalah pertama dan begitu menyenangkan. Penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Seperti yang ku idamkan selama ini. Namun, ku tinggalkan jua tatkala hati tiba-tiba pada suatu ketika merasa begitu resah. Perbedaan jiwa yang ada merungsingkan daku.
Ya ALLAH... Janganlah biarkan aku terus menerus tersasar dari jalanMu. Aku tahu, bukan hebat mana pun jalan yg ku lalui andai dibandingkan dengan manusia lain yang benar-benar menyintaiMu seiklasnya. Aku hanya hamba yang biasa. Amat tidakku tahu di mana posisiku.
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemahnya diriku ini
Ku serahkan segala padaMu
Ah...aku benci nafsu yang berada dalam diriku! AKU BENCI KAU!!! Apa yang 'kau' nak pada kasih sayang manusia? Pada pangkat serta pujian manusia? Semua tiada kekal!
ya ALLAH..bimbinglah daku. Aku terasa semakin hari, aku semakin lemah. Tatkala hati semakin dikotori oleh dosa-dosa yang terkadang aku terpaksa aku biarkan ia berlegar. Astaghfirullah.. Ya Rabb..bantulah daku.
Read more
0

Pemergianmu..Ya Rasullullah~

Pemergianmu

(Ya Rasullullah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya,
tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan juaBahawa manusia ?
kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Senilagu : Frizdan

Senikata : Frizdan

Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Penerbit : Fizarahman Zainal

Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Read more
0

Perjalanan Pulang 15 Januari II

(sambungan..)
Aku nak sambung ceritaku dalam komuter tempohari.
Jadi, akhirnya aku dapat juga duduk dan kebetulan di sebelah nenek tu. Dia mengucapkan terima kasih atas perbuatan yang sebenarnya kuharapkan akan berlaku pada diriku seandainya usia tua sampai menjengahku kelak.
Rupa-rupanya nenek itu dalam perjalanan menuju ke rumah anaknya. Terkejut juga aku mendengarnya kerana nenek itu pergi bersendirian. Tapi katanya, dia sudah biasa. Sebenarnya dia tidak ke sana kerana cucunya amat ingin berjumpa dengannya selain berhajat turut serta dalam sambutan hari lahir cucunya itu. Ku kira cucu kesayangan walaupun lelaki. Nenek itu memberitahu bahawa, cucunya itu baru sahaja pulang daripada asrama. Hanya 2 kali sebulan balik kerumah.
Tiba-tiba aku teringat atok ku yang berada di kampung sekarang. Agaknya apalah yang sedang dia lakukan?
Di akhir perbualan kami sebelum nenek itu turun di Batu Tiga, dia sempat memberiku kata-kata nasihat yang bagiku cukup bernilai.
" Dik..belajar sungguh-sungguh. Itu masa depan kita. Jangan derhaka dengan ibu bapa. Ingat, mereka hanya nak yang baik untuk anak-anak. Jangan sesekali derhaka dengan mereka. Belajar betul-betul."
Aku hanya mengiyakan dan mengangguk setiap kata-kata yang diberi. Terima kasih nek... Aku termenung dan menjenguk keluar tingkap melihat pemandangan di luar. Alangkah indahnya hidup apabila kita saling mengingat dan menasihati. Moga aku dapat menerima setiap nasihat yang baik untukku.Ya Rabb..lembutkanlah hatiku jua yang lain..
haha...tiba-tiba mahu saja aku tergelak apatah lagi tersenyum tatkala ku lihat dan ku baca semakin ramai rakanku ingin menginjak ke alam perkahwinan. Tahniah kuucapkan. Moga kalian berbahagia hendaknya.
Read more
0

Menanti Cinta

Tiba-tiba aku terdengar sepotong baris lagu yang menarik perhatianku tatkala sedang menonton KCB tadi.. (walaupun hanya sedikit cuma). Lalu aku mencari liriknya di internet berbekalkan deria pendengaranku yang menyatakan bahawa itu suara Kris Dayanti.
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Repeat *

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu
Menanti Cinta -KCB

Read more
0

Perjalanan Pulang 15 Januari

Minggu ini sekali lagi aku pulang ke rumah. Entah sebab apa. Pada mula tiada niat pun nak balik. Melihat ramai rakan-rakan balik, aku terdorong untuk turut serta. Rindu dengan famili pun antara sebabnya. Yelah, sementara kerja ku belum menimbun. Baikku pulang.
Maha suci ALLAH. Semalam angin bertiup kencang. Awan membiru. Tenang juga ku kira.
Seperti biasa aku pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan komuter. Sengaja keluar awal daripada institut untuk mengelakkan kesesakkan di KL Sentral nanti. Sayang juga sebab tak dapat turut serta dalam solat sunat gerhana semalam di surau IPG ku.
Kerapkan fenomena gerhana ini berlaku. Baru sudah gerhana bulan berlalu beberapa hari sebelum aku pulang ke IPG. Semalam pula berlakunya gerhana matahari. MasyaALLAH... Segalanya atas kekuasaan ALLAH.
(Tiba-tiba teringat pula perihal penggunaan nama ALLAH dalam agama lain. Aku harap ia tidak akan berterusan. Hati aku amat membara mengenangkan semua itu! ALLAH itu Maha Esa!)
Dalam perjalananku ke KL Sentral aku secara kebetulan ditemani seorang rakan aku di IPG yang juga mahu pulang. Aku ingatkan dia pulang dengan keretanya. Sedikit kekok pula bila berada sebelah dia tapi kami masih boleh lagi berbual. Ya, berbual seperti aku berbual dengan kawanku yang lain. Rupa-rupanya dia merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Aku sengaja mengusik dia, "Hahhh...ni mesti anak manja ni....".
haha.. dia bangkang sehabisnya. "Eh, tak lah! Saya bangkang 89% Yang Arif. Eh, tak 120% Yang Arif."
Haha..aku hanya mampu tersenyum dan tergelak. Dia pun menceritakan sedikit sebanyak tentang keluarga dia. Dia kata dalam keluarga dia memang susah dapat anak perempuan. Kalau kenduri tu, penuh dengan lelaki. Jadi, dia dan beberapa geng sepupu dia yang perempuan lah yang terpaksa bertungkus lumus menguruskan kenduri atau jamuan-jamuan tu. Jadi, aku boleh fahamlah kenapa perwatakan dia nampak begitu tegas dan sedikit keras. Tapi dia tetap cantik.
Kami berpisah di KL Sentral walaupun sepatutnya kami akan menaiki keretapi pertukaran yang sama. Aku perlu singgah sebentar di surau untuk menunaikan kewajipanku sementara dia perlu segera menaiki keretapi kerana ibunya sudah keluar daripada tempat kerja untuk mengambilnya di Subang Jaya.
Bercakap pasal KL Sentral ini, banyak kali juga aku berlegar-legar di sini. Terutama sejak aku pernah 'mengaji' di KMPk. Bas yang aku naiki (yang ditempah oleh JPP KMPk ketika itu) akan menurunkan kami di sana. Sekarang ni pun pastinya kelibatku akan sentiasa kelihatan dalam masa beberapa tahun lagi. Yelah, sebab selalunya aku akan menggunakan komuter untuk pulang ke rumah.
Eh, balik semula cerita tadi.
Setelah menyudahkan solatku, aku meneruskan perjalanan ke rumah dengan menaiki keretapi di stesen 5. Sebenarnya, aku nak highlightkan kisah aku berborak dengan seorang nenek dalam komuter yang menuju ke rumahku. Nampaknya, perlu berhenti setakat ni dulu sebab kena bersiap sedia nak ambil angah di stesen bas sebentar lagi. Maaflah, tulisanku kali ini sekadar untuk mengenang kembali kisah yang aku rasakan penting dalam diari hidupku.
W'salam.
Read more
0

Tatkala Terlintas

Akhirnya, dapat jua ku coretkan berpatah-patah kata di dalam langit hamba ini. Banyak kekangan yang dihadapi untuk aku menulis entah apa-apa di dalam ini. Kekangan yang paling MAJOR sudah pastinya line internet yang sangat perlahan dan selalunya memang susah nak dapat dalam dari bilik baruku ini.
Sudah lebih seminggu rasanya aku memulakan sesi pengajiaanku bagi semester ini. Hari pertama shaja sudah tesenarai kerja yang perlu dilaksanakan. Aku bukan mengeluh cuma saja mengingatkan diri yang masa itu amat berharga. Setelah satu saat sekarang ini berlalu, maka kita tak akan sesekali menemuinya lagi. Benarlah kata yang selalu ku dengar yang tak lain antaranya ialah:
Perkara yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu.
Aku dapat lihat perubahan seseorang yang selalu menggangguku pada semester lepas. Alhamdulillah. Ya, aku akui ada bahagian rasa yang seperti sedikit sedih. (entah sebab apa entah? Hah! Jangan layan kerana aku pasti itu datangnya dari sahabat musuh yang nyata bagiku.) PERHATIAN. Ya, aku sukakan ia (adakah 'kau' lagi yang bersuara? DIAM!!!)
Semester ini, batch ku pula yang menyertai unit beruniform bagi memenuhi kursus dalam semester 3 ini. Aku cuba bersikap lebih profesional bagi bahagian pakaiannya. ALLAH Maha Tahu apa yang terselit dalam hatiku.
Tiba-tiba aku ingin highlightkan kata-kata yang ku dengari daripada seorang kaunselor wanita di dalam radio semalam.
"Bangunlah dengan OPTIMIS! Selalu ingat bahwa hari esok adalah hari yang sangat BERTUAH untuk kamu!!!"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku hanya manusia biasa
Namun ingin miliki
cinta yang luar biasa
LAYAK kah aku?
ku pernah sakiti
cinta manusia
keranaku celaru
ku resah
ku keliru
ya..berat untukku lepaskan
kerana dia
amat baik dan penyayang
Namun ku tilik kembali
pada mata yang membaca
akal yang memikir
hati yang mentafsir
apakah aku berada pada
jalan yang benar?
lelahku mendengar hujah
dua bagian jiwa yang berbeda..
Akhirnya..alhamdulillah
Dia perihalkan aku dengan
hujah yang jujur
lagi benar
Moga hatiku ikhlas
melakukan semua itu
untuk Dia
ya Rabbi..teguhkanlah hatiku
dalam mencari cintaMu
janganlah Kau palingkan hatiku
setelah apa yang Kau kurniakan
wahai Tuhan yang membolak balikkan hatiku
Read more
0

Always Be There~ ALLAHUAKBAR!!

Alllahu Akbar…

If you ask me about love

And what i know about it

My answer would be

It’s everything about Allah

The pure love, to our souls

The creator of you and me,the heaven and whole universe

The one that made us whole and free

The guardian of HIS true believers

So when the time is hard

There’s no way to turn

As HE promise HE will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard

There’s no way to turn

As HE promise HE will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promises HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light

Subhanallah praise belongs to YOU for everything

Shouldn’t never feel afraid of anything

As long as we follow HIS guidance all the way

Through the short time we have in this life

Soon it all’ll be over

And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard

There’s no way to turn

As HE promise He will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promises HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard

There’s no way to turn

As HE promise He will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy

Coz, as HE promise HE will always be there

HE’s always watching us, guiding us

And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way

To Allah you should turn

As HE promises HE will always be there…

Allahu Akbar
Read more
0

2010 II ??

Selamat Tahun 2010 baru kepada semua. Juga yang paling penting (harap tidak lambat) salam maal hijrah 1431H!!! Sudah hari ke-15 kita menempuh tahun baru dalam kalendar Islam. Sedarkah kita? (hehe...saya pun baru tersedar ni )
Melihat kembali pada tahun lepas..Berapa banyak sedekah jariah yang kita dah buat? Berapa banyak ilmu bermanfaat yang kita telah sampaikan? Ada tak kita tinggalkan solat? Berapa kali kita solat Dhuha etc.? (hehe...sekadar mengingat kembali apa yang telah disampaikan dalam tazkirah yang diberi oleh ustaz Subri di masjid Ar-Rahimiyah tadi. Alhamdulillah~
Alhamdulillah.. sekali lagi saya ingin nyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana tahun ini (2010) telah dimulakan dengan suatu yang begitu indah dan menyedarkan diri yang selalu lupa jua alfa. Merujuk kembali entri saya dibawah ini (yang agak kelam kabut), saya bersama keluarga sebenarnya semalam telah pergi ke Taman Rakyat yang berada dalam kawasan perumahan saya di sini. Taman Rakyat merupakan tempat mereka-mereka yang rajin bersenam. (yeke???)
Semalam telah diadakan sambutan maal hijrah 1431H sambil menantikan detik-detik memasuki tahun baru. Gembira, pengisian yang penuh bermakna! Pada awal kedatangan kami, nyanyian lagu-lagu nasyid sedang dipersembahkan. Antara penasyid yang ada (yang saya ingat namanya), muadz, kumpulan amro'in, beberapa ahli kumpulan mestica dan tak ingat lagi siapa. Setelah itu, kami diperdengarkan pula dengan ceramah yang begitu menyedarkan kami berkenaan keadaan hijrah yang yang telah dilalui oleh umat Islam terdahulu. Bagaimana seksaan yang telah dilakukan keatas Sumaiyah, Bilal b. Rabah dan sebagainya dalam mempertahankan agama mereka, Islam yang tercinta. Ahad! Ahad! Ahad! Hanya SATU! Tuhanku hanya SATU! (ALLAH) Ceramah ustaz tersebut (maaflah asyik tak ingat je nama orang ni) begitu membakar semangat kerana diiringi dengan video (yang tak silap saya sebuah cerita Arab yang berkisar perihal hijrah serta perjuangan dalam menegakkan agama ALLAH) yang begitu bertepatan dengan intipati yang beliau ingin sampaikan. Saya begitu teruja dengan video-video tersebut dan antaranya ialah berkenaan dengan perang Badar yang dikatakan sebagai permulaan kebangkitan Islam di bumi Allah ini. MasyaALLAH~~
antara ahli kumpulan Mestica (siapa ntah nama mereka..lupe!)
Disamping itu, malam tersebut sebelum tibanya detik 12 malam kami telah diperdengarkan sebuah lagu yang begitu menyemarakkan semangat dalam memperkatakan bahawa Islam itu benar dan pasti akan bangkit utuh semula! Bunyinya memang rancak..seakan-akan rock pun ada! (saya pernah dengar sebelum ini lagu tu, tapi tak tahu tajuknya dan sekali lagi lupa apa yang telah diberitahu semalam>>>antara kesan tidak membawa buku catatan dan handphone!)
Setelah tibanya detik 2010, kami telah berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu "...buruh nelayan dan juga petani...". Semangat patriotik atau cintakan negara perlu dipupuk. Siapa lagi yang akan mempertahankan negara, kalau bukan kita kan! (bersemangatla pula)
Alhamdulillah, yang paling penting juga kita tidak lupa untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. "Ya Nabi salamun 'alaik...Ya Rasul salamualaika.. Ya Habibi Salamualaika..solawatullah 'alaika..telah terbit bulan purnama, cahayanya menerangi kami..." Maha suci ALLAH yang menciptakan bumi ini serta segala macam yang wujud..yang nyata dan tidak kita nampak.
Alhamdulillah juga, saya sudah ada azam untuk 2010 ini. Akanku gandingkan dengan azam 1431H! insyaALLAH~~ Moga tercapai. Sudah bertambah angka umurku. Nampaknya, semakin pendeklah masa yang ku ada. Aduhaiiiii~ selalu lupa! Manusia..manusia.
Itu sahaja buat kali ini. Saya sebenarnya sedang cuba untuk menulis secara skema. Namun akhirnya pasti ada yang tidak se skema mana. Harap siapa-siapa yang baca faham apa yang saya tulis sebab bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu. (yelah, mana ada orang putih atau sapa2 nak baca blog yang ntah apa-apa ni). Blog baru...semangat baru...insyaALLAH!
Wallahu'alam...Assalamualaikum~~ Salam Hijrah kawan-kawanku!
Read more
 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca