RSS
email
0

2010?

Mengikut kalendar masihi, lagi beberapa jam kita semua bakal masuk kedalam tahun baru. Percaya atau tidak, aku masih belum memasang azam untuk tahun ini. Bila fikir-fikirkan kembali, relevan atau perlukah seseorang itu memasang azamnya? Melihatkan manusia seperti aku ini yang hanya pandai pasang azam tapi tak banyak yang tercapai.
Bila fikir lagi, azam ini penting juga. Ianya seumpama pemangkin kepada apa yang kita hajati atau ingini. InsyaALLAH, kalau begitu ada azam yang akan ku senaraikan.
Baiklah, aku sudah mahu keluar pergi Taman Rakyat.
Nnati aku sambung balik.
assalamualaikum..
Read more
0

Wanita Perancis I ?

Jam sudah menunjukkan jam 1:32 pagi tatkala jari jemari mahu ligat menaip entri ini. Memang sudah jadi kebiasaan(rasanya) untuk saya tidur lambat pada hari-hari akhir sebelum bermulanya hari-hari yang penuh cabaran di tempat aku belajar. Bila kaki melangkah masuk ke sana, hampir kebanyakkan masaku akan dihabiskan dengan belajar dan paling penting tugasan. (Harap tak lalai dalam melakukan kewajipanku sebagai hamba kepada pemilik jiwaku ini).
Kali ini saya berminat nak kongsikan apa yang saya perolehi daripada tontonan telesvisyen sebentar tadi (dalam siaran 303). 'Eat Like A French Woman'. Pada mulanya saya tak tahu pun fokus atau tajuk utama rancangan 'Wednesday Special' tu, tapi saya tertarik melihat beberapa orang wanita yang memperlihatkan 'keaktifan' dalam perlakuan mereka. Ada yang sedang berjoging, bermain bersama anak-anak, bergembira dan juga menikmati makanan.
Makan? ya.. makan makanan..
Kebanyakan masa rancangan ini banyak membawa perbandingan antara orang Peghancis @ Perancis (negara yang memilki purata paling kecil penduduk yang mempunyai masalah berat badan) dengan Amerika yang dikatakan sebagai negara yang mempunyai purata bilangan penduduk obesiti teramai di dunia. Poin penting yang saya nak highlightkan pada entri ini ialah tabiat kehidupan dan cara pemakanan orang Perancis.
  1. Mereka suka minum air kosong/masak/mati dan sebagainya mengikut kebiasaan panggilan masing-masing.
-ke mana sahaja mereka pergi, air kosong sentiasa dibawa. Mereka selalu minum
air kosong tu tak kira tempat. Masa mereka berjalan pun, mereka minum air dan
bukan sekali sekala tapi boleh dikatakan 'banyak' kali; mereka minum, minum
dan minum!
- anak-anak mereka juga diasuh untuk menyukai air kosong sehinggakan apabila
mereka membuat ujian ke atas seorang kanak-kanak kecil yang mana meletakkan
segelas air soda (yang selalu dikejar anak-anak di sini) dan segelas air kosong untuk
dipilih. Tanpa berfikir panjang, kanak-kanak tersebut terus mengambil air kosong.
2. Banyak melakukan pergerakan dalam sehari
-yang paling saya kagum, para ibu kebanyakannya mengambil sendiri anak mereka dari
sekolah dengan hanya berjalan kaki. Tiada bas sekolah di sana. (mungkin sebab tak ramai
yang memerlukan bas sekolah untuk ke sekolah)
- bacaan purata langkahan yang dibuat oleh wanita di sana ialah sebanyak 9,900++
langkah dalam sehari!
Nampaknya, mata seakan semakin susah nak dibuka. Terpaksalah saya berhenti daripada mencatat data-data penting pada entri kali ini buat seketika. Moga dapat ingat kembali lagi nanti. W'salam~
>>>>>>>>>
Read more
0

Rendahkanlah Hatimu

Alhamdulillah..Click Me~
Akhirnya selesai juga segala kekusutan hati yang dicari sendiri.
Ku mohon padaMu, agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Sabar perlu ada.
Pengajaran yang ku dapat ialah kita perlu ingat siapa kita kat dunia ni. Kita hanya sekadar hamba Allah dan untuk itu alangkah buruknya perangai andai ego bermaharajalela dalam diri.
Rendahkanlah hatimu wahai diri..
Memang diakui amat sukar untuk seseorang manusia itu meminta maaf. Terkadang itu juga dirasakan kerana nafsu dalam diri yang berpetualangkan syaitan dibelakangnya menyukarkn itu untuk terjadi. Susah..memang susah! Namun, ingatlah.. dunia ini tak kan lama. Buat apa nak menangkan nafsu yang sememangnya sukakan semua itu! Perasaan yang kononnya kita yang betul. Menyakitkan hati orang lain.
Hakikatnya, semakin ramai yang sakit hati dengan kita maka semakin terseksalah diri kita. Percayalah. Saya bukan bercakap mengenai azab balasan atas perbuatan kita menyakiti hati orang di akhirat kelak (kerana itu semua hanya diketahui oleh ALLAH), tapi saya lebih berfokus kepada keadaan jiwa dan emosi yang tak tentu arah. Parah! Terasa hati bakal jadi keras andai hati terus menerus dikuasai nafsu jahat ni. Aduh. Saat itu, khuatir kita dah tak punya perasaan bersalah lagi apabila memarahi atau bertengkar dengan sesiapa termasuk orang yang kita sayangi. Nauzubillahiminzalik~
Sebenarnya, dalam kekusutan beberapa hari ini saya asyik menghadap laptop saja. Masuk sana. Masuk sini. Tiba-tiba terjumpa dengan satu artikel yang membantu menyedarkan saya. Malunya diri ini. Terasa sangat hina. ALLAH..ampunilah aku. Di bawah ini, saya ambil sedikit petikan daripada artikel tersebut:
Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja. Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil. Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara.
Selain itu, antara petikan yang meluluhkan hati saya:
Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian. Diuji dengan sifat rendah dan buruk. Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang, melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya itu. Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri, tabiat dan kelemahannya. Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi hamba dan mengabdikan kepada Allah saja. Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat maju ke peringkat yang lebih tenang.
Silakanlah baca lebih lanjut mengenai artikel ini.
Itu sahaja buat masa ini. Biarlah saja rasa "aku tak salah" itu berlalu. Maafkanlah saja kesalahan orang lain. Paling penting, kita jangan lupa meminta maaf pada orang lain. Apatah lagi dengan orang yang kita sayang (ahli keluarga).
"Terkadang amat sukar untuk memberi kemaafan kepada orang yang melukai hati kita. Namun ketahuilah dengan memberi seikhlas kemaafan, seumpama pisau bedah yang dapat membuang segala parut luka emosi"
InsyaALLAH~~ ^_^ V
ya ALLAH..Jauhkanlah kami dari sifat munafiq lagi fasiq. Amiin~
Click Me~
Read more
0

Kematian

Petang tadi sekali lagi aku dikejutkan dengan kematian seorang ayah sahabatku di IPRM. Nur Farhana telah kehilangan ayahnya yang diserang penyakit kanser paru-paru. Selain itu, dalam waktu cuti ni juga; seorang ayah sahabatku juga dari IPRM telah meninggal dunia. 2 kematian dalam masa tempoh cuti sekolah pada sem ini. Tahun ini apabila dijumlahkan, 4 orang ayah telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Moga mereka ditempatkan dalam golongan hamba-Mu yang Kau redhai hidupnya dunia dan akhirat sana. Poin utama aku bukanlah ingin mengumpulkan angka kematian yang berlaku dalam kenalanku sendiri. Kematian merupakan satu perkara yang bakal dirasai oleh semua. Setiap yang hidp pasti akan merasai mati. Tiap saat pasti ada yang sedang dan telah dijemput Ilahi. Persoalannya, adakah kita semua sudah bersedia menghadapinya? Soalan ini patutku tujukan kepada diri sendiri yang penuh alfa dan dosa ini. Bersediakah kita untuk mati? Mati umpama pintu permulaan kehidupan yang sebenar. Percaya tak? Percayalah.. Hal ini kerana kehidupan di dunia ini hanyalah semata-mata sebuah lakonan jua ujian buat hamba-hamba-Nya yang beriman. Haiiii.... Banyak perkara yang inginku katakan. Namun kecacatan pada diri seperti sukar memungkinkan aku untuk bercakap panjang. Aku perlu baiki diri sebelum mengatakan lebih lanjut mengenainya. Aku yang jahil ini..bilakah??? *maaf kalau tak faham..cuma monolog tulisan*
Jom lah baca artikel dalam link dibawah. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1837
Ya Rabbul Izzati..Jauhkanlah kami dari sifat munafik lagi fasiq Matikanlah kami dalam mendapat redha-Mu..
Read more
0

Titisan Hina

Bismillahirahmanirahim..
Menitis air mata tatkala
Melihat manusia yg menjualkan
dirinya pada-Mu
Jangan salah erti
Bukan bermakna diri benci
Hanya bermuhasabah
Melihat diri sendiri
Yang acap alfa
Dengan dunia
Malu aku
Terasa hina
Kerdil rasanya
Pabila ku bandingkan diriku
dengan diri mereka
Moga ini pemangkin
ke arah yang lebih baik
untuk berada disisi-Mu
untuk cuba menanam cinta sebenar
dalam jiwa yang hina
23 Disember 2009
11.20 malam
Read more
0

A Good Story for Us

Kali ini ingin saya kongsikan bersama sebuah cerita yang pernah saya 'copy' dari satu tempat (sebenarnya dah lupa ambil dari mana). Saya sangat suka cerita ni. Perihal pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seseorang. Jom kita baca.. (saya nak ucapkan terima kasih kepada penulis sebenar kerana dapat menulis sebuah cerita yang terkesan di hati ini)
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him every way he could. One day the grandson asked, “Papa, I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?” The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied. “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.” The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said, “I don’t want a bucket o of water, I want a basket of water. You’re just not trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.
Out of breath, he said, “See Papa, it’s useless!”
“So do you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.
“Son, that’s what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it , you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”
MasyaALLAH~ subhanALLAH~ That's all for today.. 23 Disember 2009 Allahu'alam
Read more
0

Ceramah Perdana di Masjid Shah Alam

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 19 Disember 2009 saya bersama keluarga berkesempatan untuk turut serta mendengar ceramah yang disampaikan oleh ulama besar Islam; Dr. Yusof Al-Qardhawi di masjid Shah Alam. Ceramah perdana yang disampaikan beliau adalah dalam bahasa Arab. Terpinga-pinga juga masa mula-mula dengar. Yelah, diri ini begitu jahil dalam memahami bahasa syurga itu. Nasib baik telah disediakan seorang ustaz untuk membantu menterjemahkan segala butir bicara ulama yang dihormati itu. Gembiranya dapat melihat beliau berkata-kata (walaupun tak faham dan hanya melihat wajah melaui paparan skrin putih) Terasa ini menjadi pemangkin untuk mendalami bahasa Arab. (insyaALLAH)
Ramai yang hadir pada hari itu. Bukan sahaja penduduk Malaysia, malah pak dan mak Arab pun ada. Dapat rasakan aura ulama tersebut menarik sekalian manusia yang hadir. Rasanya pasti ada yang tahu tentang kehadiran beliau namun tidak berkesempatan datang ke sana hari itu.
Ceramah yang disampaikan beliau bukanlah berkisar peristiwa hijrah nabi yang dikatakannya pasti semua orang telah tahu dan sedia hafal. Namun, lebih kepada kepentingan hijrah yang dibawa oleh baginda junjungan, nabi Muhammad s.a.w. Menurut beliau, hijrah yang dibentuk oleh baginda merupakan sebuah masyarakat yang bersifat luhur dan mulia. Tidak seperti tamadun-tamadun lain yang antara lain suka untuk membeza-bezakan manusia dan berlaku zalim sesama mereka.
Selain itu, ceramah beliau juga banyak menekankan perihal jamaah; atau kepentingan umat Islam untuk hidup dalam jamaah/berkumpulan. Menurut beliau lagi, (sebagai mengambil salah satu contohnya) hal ini dapat dilihat jelas dalam surah al-Fatihah. Melihat kepada perkataan 'ihdina' dalam ayat ke-6. Tidak digunakan perkataan 'ihdini'.
Saya hanya sekadar menulis kembali sedikit nota yang sempat dicatat melalui kefahaman saya terhadap terjemahan oleh ustaz Abdul Ghani. Sekadar berkongsi rasa gembira.
Sekian, terima kasih. (^__^) v

W'salam~

Read more
1

Ahlan Wasahlan Semua~

Apa khabar diri? Moga kita sentiasa berada dalam redha-Nya. Itulah perkara yang setiap hamba inginkan.. moga-moga. Akhirnya siap juga pembentukan blog kedua saya ni. Harapnya blog ini dapat membantu melakarkan setiap perkara yang sukar atau ingin saya luahkan. Moga ia juga dapat memberi manfaat kepada para pembaca. (insyaALLAH) Seandainya pembaca dapati tiada apa yang ada di sini, saya mohon maaf. Blog ini hanya mengukirkan lakaran hati yang sukar dimengerti. Allahu'alam.. Selamat Datang ke Lakaran Hamba..dari saya penahati88.. blogger-emoticon.blogspot.com
Read more
 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca