RSS
email

Perjalanan Pulang 15 Januari II

(sambungan..)
Aku nak sambung ceritaku dalam komuter tempohari.
Jadi, akhirnya aku dapat juga duduk dan kebetulan di sebelah nenek tu. Dia mengucapkan terima kasih atas perbuatan yang sebenarnya kuharapkan akan berlaku pada diriku seandainya usia tua sampai menjengahku kelak.
Rupa-rupanya nenek itu dalam perjalanan menuju ke rumah anaknya. Terkejut juga aku mendengarnya kerana nenek itu pergi bersendirian. Tapi katanya, dia sudah biasa. Sebenarnya dia tidak ke sana kerana cucunya amat ingin berjumpa dengannya selain berhajat turut serta dalam sambutan hari lahir cucunya itu. Ku kira cucu kesayangan walaupun lelaki. Nenek itu memberitahu bahawa, cucunya itu baru sahaja pulang daripada asrama. Hanya 2 kali sebulan balik kerumah.
Tiba-tiba aku teringat atok ku yang berada di kampung sekarang. Agaknya apalah yang sedang dia lakukan?
Di akhir perbualan kami sebelum nenek itu turun di Batu Tiga, dia sempat memberiku kata-kata nasihat yang bagiku cukup bernilai.
" Dik..belajar sungguh-sungguh. Itu masa depan kita. Jangan derhaka dengan ibu bapa. Ingat, mereka hanya nak yang baik untuk anak-anak. Jangan sesekali derhaka dengan mereka. Belajar betul-betul."
Aku hanya mengiyakan dan mengangguk setiap kata-kata yang diberi. Terima kasih nek... Aku termenung dan menjenguk keluar tingkap melihat pemandangan di luar. Alangkah indahnya hidup apabila kita saling mengingat dan menasihati. Moga aku dapat menerima setiap nasihat yang baik untukku.Ya Rabb..lembutkanlah hatiku jua yang lain..
haha...tiba-tiba mahu saja aku tergelak apatah lagi tersenyum tatkala ku lihat dan ku baca semakin ramai rakanku ingin menginjak ke alam perkahwinan. Tahniah kuucapkan. Moga kalian berbahagia hendaknya.

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca