RSS
email

Wanita Perancis I ?

Jam sudah menunjukkan jam 1:32 pagi tatkala jari jemari mahu ligat menaip entri ini. Memang sudah jadi kebiasaan(rasanya) untuk saya tidur lambat pada hari-hari akhir sebelum bermulanya hari-hari yang penuh cabaran di tempat aku belajar. Bila kaki melangkah masuk ke sana, hampir kebanyakkan masaku akan dihabiskan dengan belajar dan paling penting tugasan. (Harap tak lalai dalam melakukan kewajipanku sebagai hamba kepada pemilik jiwaku ini).
Kali ini saya berminat nak kongsikan apa yang saya perolehi daripada tontonan telesvisyen sebentar tadi (dalam siaran 303). 'Eat Like A French Woman'. Pada mulanya saya tak tahu pun fokus atau tajuk utama rancangan 'Wednesday Special' tu, tapi saya tertarik melihat beberapa orang wanita yang memperlihatkan 'keaktifan' dalam perlakuan mereka. Ada yang sedang berjoging, bermain bersama anak-anak, bergembira dan juga menikmati makanan.
Makan? ya.. makan makanan..
Kebanyakan masa rancangan ini banyak membawa perbandingan antara orang Peghancis @ Perancis (negara yang memilki purata paling kecil penduduk yang mempunyai masalah berat badan) dengan Amerika yang dikatakan sebagai negara yang mempunyai purata bilangan penduduk obesiti teramai di dunia. Poin penting yang saya nak highlightkan pada entri ini ialah tabiat kehidupan dan cara pemakanan orang Perancis.
  1. Mereka suka minum air kosong/masak/mati dan sebagainya mengikut kebiasaan panggilan masing-masing.
-ke mana sahaja mereka pergi, air kosong sentiasa dibawa. Mereka selalu minum
air kosong tu tak kira tempat. Masa mereka berjalan pun, mereka minum air dan
bukan sekali sekala tapi boleh dikatakan 'banyak' kali; mereka minum, minum
dan minum!
- anak-anak mereka juga diasuh untuk menyukai air kosong sehinggakan apabila
mereka membuat ujian ke atas seorang kanak-kanak kecil yang mana meletakkan
segelas air soda (yang selalu dikejar anak-anak di sini) dan segelas air kosong untuk
dipilih. Tanpa berfikir panjang, kanak-kanak tersebut terus mengambil air kosong.
2. Banyak melakukan pergerakan dalam sehari
-yang paling saya kagum, para ibu kebanyakannya mengambil sendiri anak mereka dari
sekolah dengan hanya berjalan kaki. Tiada bas sekolah di sana. (mungkin sebab tak ramai
yang memerlukan bas sekolah untuk ke sekolah)
- bacaan purata langkahan yang dibuat oleh wanita di sana ialah sebanyak 9,900++
langkah dalam sehari!
Nampaknya, mata seakan semakin susah nak dibuka. Terpaksalah saya berhenti daripada mencatat data-data penting pada entri kali ini buat seketika. Moga dapat ingat kembali lagi nanti. W'salam~
>>>>>>>>>

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca