RSS
email

Kematian

Petang tadi sekali lagi aku dikejutkan dengan kematian seorang ayah sahabatku di IPRM. Nur Farhana telah kehilangan ayahnya yang diserang penyakit kanser paru-paru. Selain itu, dalam waktu cuti ni juga; seorang ayah sahabatku juga dari IPRM telah meninggal dunia. 2 kematian dalam masa tempoh cuti sekolah pada sem ini. Tahun ini apabila dijumlahkan, 4 orang ayah telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji'un. Moga mereka ditempatkan dalam golongan hamba-Mu yang Kau redhai hidupnya dunia dan akhirat sana. Poin utama aku bukanlah ingin mengumpulkan angka kematian yang berlaku dalam kenalanku sendiri. Kematian merupakan satu perkara yang bakal dirasai oleh semua. Setiap yang hidp pasti akan merasai mati. Tiap saat pasti ada yang sedang dan telah dijemput Ilahi. Persoalannya, adakah kita semua sudah bersedia menghadapinya? Soalan ini patutku tujukan kepada diri sendiri yang penuh alfa dan dosa ini. Bersediakah kita untuk mati? Mati umpama pintu permulaan kehidupan yang sebenar. Percaya tak? Percayalah.. Hal ini kerana kehidupan di dunia ini hanyalah semata-mata sebuah lakonan jua ujian buat hamba-hamba-Nya yang beriman. Haiiii.... Banyak perkara yang inginku katakan. Namun kecacatan pada diri seperti sukar memungkinkan aku untuk bercakap panjang. Aku perlu baiki diri sebelum mengatakan lebih lanjut mengenainya. Aku yang jahil ini..bilakah??? *maaf kalau tak faham..cuma monolog tulisan*
Jom lah baca artikel dalam link dibawah. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1837
Ya Rabbul Izzati..Jauhkanlah kami dari sifat munafik lagi fasiq Matikanlah kami dalam mendapat redha-Mu..

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca