RSS
email

Ceramah Perdana di Masjid Shah Alam

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 19 Disember 2009 saya bersama keluarga berkesempatan untuk turut serta mendengar ceramah yang disampaikan oleh ulama besar Islam; Dr. Yusof Al-Qardhawi di masjid Shah Alam. Ceramah perdana yang disampaikan beliau adalah dalam bahasa Arab. Terpinga-pinga juga masa mula-mula dengar. Yelah, diri ini begitu jahil dalam memahami bahasa syurga itu. Nasib baik telah disediakan seorang ustaz untuk membantu menterjemahkan segala butir bicara ulama yang dihormati itu. Gembiranya dapat melihat beliau berkata-kata (walaupun tak faham dan hanya melihat wajah melaui paparan skrin putih) Terasa ini menjadi pemangkin untuk mendalami bahasa Arab. (insyaALLAH)
Ramai yang hadir pada hari itu. Bukan sahaja penduduk Malaysia, malah pak dan mak Arab pun ada. Dapat rasakan aura ulama tersebut menarik sekalian manusia yang hadir. Rasanya pasti ada yang tahu tentang kehadiran beliau namun tidak berkesempatan datang ke sana hari itu.
Ceramah yang disampaikan beliau bukanlah berkisar peristiwa hijrah nabi yang dikatakannya pasti semua orang telah tahu dan sedia hafal. Namun, lebih kepada kepentingan hijrah yang dibawa oleh baginda junjungan, nabi Muhammad s.a.w. Menurut beliau, hijrah yang dibentuk oleh baginda merupakan sebuah masyarakat yang bersifat luhur dan mulia. Tidak seperti tamadun-tamadun lain yang antara lain suka untuk membeza-bezakan manusia dan berlaku zalim sesama mereka.
Selain itu, ceramah beliau juga banyak menekankan perihal jamaah; atau kepentingan umat Islam untuk hidup dalam jamaah/berkumpulan. Menurut beliau lagi, (sebagai mengambil salah satu contohnya) hal ini dapat dilihat jelas dalam surah al-Fatihah. Melihat kepada perkataan 'ihdina' dalam ayat ke-6. Tidak digunakan perkataan 'ihdini'.
Saya hanya sekadar menulis kembali sedikit nota yang sempat dicatat melalui kefahaman saya terhadap terjemahan oleh ustaz Abdul Ghani. Sekadar berkongsi rasa gembira.
Sekian, terima kasih. (^__^) v

W'salam~


Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca