RSS
email

Rendahkanlah Hatimu

Alhamdulillah..Click Me~
Akhirnya selesai juga segala kekusutan hati yang dicari sendiri.
Ku mohon padaMu, agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Sabar perlu ada.
Pengajaran yang ku dapat ialah kita perlu ingat siapa kita kat dunia ni. Kita hanya sekadar hamba Allah dan untuk itu alangkah buruknya perangai andai ego bermaharajalela dalam diri.
Rendahkanlah hatimu wahai diri..
Memang diakui amat sukar untuk seseorang manusia itu meminta maaf. Terkadang itu juga dirasakan kerana nafsu dalam diri yang berpetualangkan syaitan dibelakangnya menyukarkn itu untuk terjadi. Susah..memang susah! Namun, ingatlah.. dunia ini tak kan lama. Buat apa nak menangkan nafsu yang sememangnya sukakan semua itu! Perasaan yang kononnya kita yang betul. Menyakitkan hati orang lain.
Hakikatnya, semakin ramai yang sakit hati dengan kita maka semakin terseksalah diri kita. Percayalah. Saya bukan bercakap mengenai azab balasan atas perbuatan kita menyakiti hati orang di akhirat kelak (kerana itu semua hanya diketahui oleh ALLAH), tapi saya lebih berfokus kepada keadaan jiwa dan emosi yang tak tentu arah. Parah! Terasa hati bakal jadi keras andai hati terus menerus dikuasai nafsu jahat ni. Aduh. Saat itu, khuatir kita dah tak punya perasaan bersalah lagi apabila memarahi atau bertengkar dengan sesiapa termasuk orang yang kita sayangi. Nauzubillahiminzalik~
Sebenarnya, dalam kekusutan beberapa hari ini saya asyik menghadap laptop saja. Masuk sana. Masuk sini. Tiba-tiba terjumpa dengan satu artikel yang membantu menyedarkan saya. Malunya diri ini. Terasa sangat hina. ALLAH..ampunilah aku. Di bawah ini, saya ambil sedikit petikan daripada artikel tersebut:
Nafsu ammarah ini mengandungi sifat hina dan tercela, sifat kehaiwanan, syaitan dan bangga diri yang hanya layak bagi Tuhan, seperti sifat takbur, memperhambakan manusia, suka disanjung dan dipuja. Sifat yang nyata pada diri di tahap ini ialah sentiasa bergelora dengan seribu satu macam keinginan nafsu, sesuai dengan sifat semula jadi nafsu rendahnya seperti terburu nafsu, lalai, tamak dan jahil. Malah untuk menunaikan keinginan yang sentiasa bergelora tanpa puas manusia akan menjadi alat dan hamba nafsu menyebabkan mereka dalam sentiasa dalam keadaan sengsara.
Selain itu, antara petikan yang meluluhkan hati saya:
Diri yang berada pada tahap ini sebenarnya menerima ujian. Diuji dengan sifat rendah dan buruk. Tetapi manusia juga disediakan daya kemampuan untuk menentang, melawan, mengengkang dan mengawal daripada menurut nafsu rendahnya itu. Manusia diuji dengan sifat terbabit bukanlah diminta supaya menuruti keinginan nafsu yang tidak ada batas kepuasannya tetapi untuk menghalang, mendidik dan memandunya sehingga mengenali diri, tabiat dan kelemahannya. Dengan itu akhirnya diri mengenali Tuhan dan mentaati petunjuk-Nya dalam usaha mengatasi kelemahan supaya mereka benar-benar menjadi hamba dan mengabdikan kepada Allah saja. Hanya dengan usaha terbabit nafsu di tahap ini akan dapat meningkat maju ke peringkat yang lebih tenang.
Silakanlah baca lebih lanjut mengenai artikel ini.
Itu sahaja buat masa ini. Biarlah saja rasa "aku tak salah" itu berlalu. Maafkanlah saja kesalahan orang lain. Paling penting, kita jangan lupa meminta maaf pada orang lain. Apatah lagi dengan orang yang kita sayang (ahli keluarga).
"Terkadang amat sukar untuk memberi kemaafan kepada orang yang melukai hati kita. Namun ketahuilah dengan memberi seikhlas kemaafan, seumpama pisau bedah yang dapat membuang segala parut luka emosi"
InsyaALLAH~~ ^_^ V
ya ALLAH..Jauhkanlah kami dari sifat munafiq lagi fasiq. Amiin~
Click Me~

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 

Selamat Datang


ShoutMix chat widget

Followers

Kdg2 Pening Juga Baca